Skip to main content

Ajaran Dari Marx* - Lenin - 1914

Marxisme adalah sistem pandangan dan ajaran dari Marx. Marx adalah penerus dan perespon yang jenius (berbakat) bagi ketiga-ketiga macham aliran fikiran utama dari tiga buah negeri yang termaju didalam umat manusia abad ke-19. Ketiga-ketiga macam aliran fikiran ini adalah filasafah klasik dari German, ilmu ekonomi politikal klasik dari British dan socialism Franchis yang bersambung dengan ajaran Revolusioner yang umumnya dari Franchis. Pandangan dari Marx adalah amat sangat tegas lagi ketat dan lengkap, ini juga diakui oleh seteru Marx, pandangan-pandangan ini disimpulkan seluruhnya lalu terbentuk menjadi Materialisme modern dan socialism saintifik modern, menjadi teori dan program bagi gerakan Buruh berbagai-bagai negeri tamaddun didunia. Sebab itu, pada sebelum kita menceramahkan isi kandungan utama dari Marxisme yakni ajaran ekonomi dari Marx, misti diceramahkan terlebih dulu secara ringkas keseluruh pandangan dunia dari Marx.

MATERIALISM FILASOFIKAL
Sejak terbentuknya pandangan dari Marx pada tahun 1844 & 1845, beliau adalah seorang materialis, istimewa adalah seorang yang menyokong Ludwing Feuerbach, dan pula beliau kemudian juga menganggap bahawa kelemahan Feuerbach hanyalah terletak pada Materialismenya kurang tegas dan kurang keseluruhan. Marx menganggap bahawa peranan bersejarah dunia “yang menggarisi laman” dari Feuerbach, adalah terletak pada beliau mencampakkan secara gigih idealisme Hegel, telah mempropaganda dan mengobarkan Materialsme, Materialisme semacam ini awal “pada abad ke 18 istimewanya di Franchis telah pun tidak hanya menentang segala-gala metafisis” (maknanya ialah “fikiran: penchaman fikiran yang kemabokan” yang berbalikan dengan “filasafah yang keras”) (“Keluarga suci” dari karya-karya peninggalan-nya”). Marx menulis: “Di tilik dari Hegel, proses pemikiran (beliau malahan menggunakan istilah konsep ini untuk mengubahkan-nya sebagai subjek yang Merdeka) adalah tuan pencipta (pencipta, penaja) bagi realiti......  ditilik dari saya, justru kebalikan, benda-benda konsep cuma adalah benda-benda material yang beralih kedalam otak manusia dan telah diubahkan di dalam otak manusia” (penyusul untuk “Kapital” jilid ke-1 cetakan yang ke-2). Engles didalam buku tulisan-nya “Anti Duhring” (lihat buku itu, Marx pernah membaca naskhah tulisan tangan buku itu) ia sama sekali berdasarkan filasafah materialistik dari Marx dan telah memaparkan filasafah ini, beliau menulis:
“...... Sifat persatuan dunia tidak pun terletak pada ujudnya, melainkan terletak pada sifat material-nya. Sifat material-nya ini adalah...... telah dibuktikan oleh proses perkembangan yang susah payah sepanjang masa dari filasafah dan sains alamiah...... pegerakan adalah corak dari ujudnya material. Baik waktu dan tempat apa pun tidak akan terdapat material yang terpisah dari pergerakan atau pegerakan yang terpisah dari material...... jika hendak bertanya...... apakah pemikiran dan pengertian, dari tempat manakah mereka datang, maka ini akan difahami bahawa mereka adalah produk dari otak manusia, sedangkan manusia sendiri adalah produk dari alam semesta, adalah berkembang didalam keadaan alamiah yang tertentu dan pula bersama-sama dengan keadaan. Sebab itu sudah nyata sekali, produk dari otak manusia, dianalisa sampai keakar-akarnya adalah produk dari alam semesta, mereka bukanlah saling bertentangan melainkan adalah saling sechochok dengan hubongan alamiah lain-nya”.
“Hegel adalah seorang kaum idealis, artinya ialah dia menganggap fikiran dari otak manusia bukanlah sadikit sebanyak pencherminan (abbilder, maknanya gambaran pencerminan, Engles kadang kala malahan menggelarkan-nya sebagai “gambaran kesan”) yang abstrak dari hal ihwal yang sesungguhnya dan proses yang sesungguhnya, justru kebalikan, beliau menganggap hal ihwal serta perkembangannya adalah pencerminan se-semacam konsep yang telah pun berujud disesuatu tempat pada sebelum munculnya dunia”. Dalam menceramah buku “Tentang Feuerbach” (pada sebelum mengatur abstakan buku ini Engles telah membaca semula naskah asal yang telah ditulis beliau dan Marx pada tahun 1844 – 1845 untuk mengurai Hegel, Feuerbach dan historism materialistik) yang mengurai pandangan beliau sendiri dan Marx terhadap filasafah Feuerbach itu, Engles menulis:
“Masalah pokok yang penting dan besar dari seluruh filasafah, teristimewa-nya ialah filasafah modern, adalah masalah hubungan antara pemikiran terhadap ujud dan rohaniah terhadap alam semasta...... masalah kedua-duanya mana yang dulu dan mana yang kemudian, adakah rohaniah terlebih dulu dari alam semasta atau pun alam semasta terlebih dulu dari rohaniah...... ahli-ahli filasafah adalah terbagi menjadi dua kubunya menurut jawaban-nya terhadap masalah ini. Sebarang orang yang memastikan rohaniah terlebih dulu dari alam semasta, dengan begini atau begitu mengakui teori penciptaan dunia kerana-nya itu...... adalah termasuk didalam kubu idealis. Sebarang orang yang menganggap alam semesta sebagai sumbar asalnya, adalah termasuk didalam berbagai-bagai golongan Materialis”.
Sebarang pemakaian atas arti lain-nya kedua-dua konsep idealisme dan Materialisme (bagi filasafah), hanyalah akan menimbulkan kacau balau. Marx tidak hanya telah secara teguh menyanggah idealisme yang tetap berhubungan dengan agama, bahkan telah secara teguh menyanggah pandangan Hume dan pandangan Kant, agnosticism, kritisism dan positivism yang beraneka ragam, menganggap bahawa filasafah semacam ini adalah semacam tolak ansor “yang reaksioner” terhadap idealisme selebih-lebih hanyalah “memasukkan diri pintu belakang Materialisme yang telah diusir ditengah-tengah umum”. Tentang masalah ini, selain dari karya-karya Marx dan Engles yang telah ditunjukkan tadi, masih boleh menatap surat Marx kepada Engles tertanggal 12 December tahun 1865. Di dalam surat ini, Marx telah menunjukan ulasan “yang lebih materialis”. Marx pada lagimnya dari ahli sains naturalisme yang kenamaan Thomas Huxley, serta percakapan-nya yang menganggap “apa bila kita sungguh-sungguh meninjau dan memikir, sekali-kali tidak boleh meninggalkan pendirian Materialisme”, dan bersamaan dengan itu beliau juga mencela T.Huxley telah menyimpankan “jalan belakang” untuk melarikan diri pergi ke-agnosticism dan Humanism. Istimewa sayugia ditunjukkan pandangan Marx terhadap hubungan antara kebebasan dan kepastian (necessity). “Pada ketika ia belum dikenali, kepastian itu adalah kebutaan. Kebebasan adalah pengenalan terhadap kepastian” (“Anti Duhring” tulisan Engles), ini adalah mengakui sifat hukum-hukum (regularity) bagi alam semesta, mengakui perubahan Dialektik dari kepastian menuju ke-kebebasan (sekaligus sama seperti dengan perubahan dari perkara-perkara untuk kita (think for us), atau perubahan dari “watak hakiki material” kearah “gejala”).
Marx dan Engles menganggap bahawa kelemahan-kelemahan yang utama dari Materialisme “usang” yang termasuk Materialisme dari Feuerbach (lebih-lebih lagi ialah Materialism “vulgar” dari Buchner, Voghate dan Moleschot) adalah:
  1. Materialisme semacam ini “terutamanya ialah Materialism mekanikal”, ia tidak memperdulikan perkembangan yang paling baru dari ilmu kimiah dan ilmu hayat (sekarang ini masih harus termasuk teori elektrik material);
  2. Materalisme usang adalah yang bukan historikal, yang bukan Dialektik (melainkan yang metafisis, yakni yang anti Dialektikal). Ia tidak secara setegas-tegasnya dan keseluruhannya mematuhi pandangan perkembangan;
  3. Materialisme usang memahami secara abstrak “watak dari manusia”, tetapi bukan memandang-nya sebagai “jumlah total campuran umum” dari “hubungan segala-gala masyarakat” (yang tertentu dibawah syarat-syarat sejarah yang konkrit), oleh itu, mereka cuma ”telah mentafsirkan” dunia, akan tetapi masalahnya terletak pada “mengubah” dunia, artinya ialah mereka tidak mengetahui arti bagi “aktiviti-aktiviti praktik Revolusioner”.

DIALEKTIKA
Marx dan Engles menganggap bahawa Dialektika Hegel yakni ajaran perkembangan yang paling keseluruhan, paling kaya raya, paling mendalam ini, adalah buah hasil yang paling besar dari filasafah klasik German. Mereka menganggap, segala-gala percakapan lain-nya terhadap prinsip perkembangan, prinsip evolusi, kesemuanya adalah yang keberat-sebelahan, dan yang kemiskinan kesemuanya adalah telah mecacatkan proses perkembangan hakiki (senantiasanya teriring dengan sprang perubahan dahsyat dan Revolusi) alam semasta dan masyarakat. “Ketika itu hampir hanya saya dan Marx berdua bertikad bulat menyelamatkan Dialektik yang berkesedaran diri” (agar supaya ia tidak akan musnah bersama-sama dengan idealisme yang termasok Hegelism), “agar ia supaya menjadi pandangan alamiah materialis”. “Alam semasta adalah bukti bagi Dialektik, dan pula justru sains alamiah modernlah menyatakan bukti-bukti semacam ini amat sangat kaya raya” (tulisan ini ditulisnya pada sebelum penemuan radium, elektron dan hukum-hukum perubahan elemen!). “Ia setiap hari pun memberikan bahan-bahan berjumlah besar, membuktikan bahawa segala-gala gejala-gejala dari alam semasta dianalisa sampai keakar-akarnya adalah yang Dialektik dan bukan metafisis”.
Engles menulis “satu fikiran pokok yang maha besar, ia-itu menganggap dunia bukan terbentuk oleh hal ekhwal yang tetap tidak berubah-rubah, melainkan adalah jumlah total campuran umum dari banyak-banyak proses, antara lain berbagai-bagai hal ekhwal yang seolah-olahnya tidak berubah-rubah serta gambaran kesan atau konsepnya yang tercermin kedalam otak umat manusia, kesemua-nya berada dalam perubahan yang tak putus-putusnya, ada kalanya timbul, ada kalanya lenyap. Pikiran pokok yang mana besar ini sejak dari zaman Hegel telah pun meresap kedalam Conscience manusia umum-nya, sekarang ini belum tentu ada orang menentangnya secara umum. Namun, mengakui dibibir fikiran ini adalah satu perkara, sedangkan menggunakan fikiran ini kedalam keadaan konkret dan setiap bahagian pengkajian, ini adalah suatu perkara lain-nya pula”. “Ditilik dari filasafah Dialektikal, sama sekali tidak ada apa-apa benda yang tetap tidak berubah-rubah, yang mutlak dan keramat. Ia menganggap segala-gala benda yang ada pun terbawa alamat pasti maut; dihadapannya selain dari proses-proses yang timbul dan lenyap dengan tidak henti-hentinya, selain dari proses melambung tinggi dari peringkat rendah sampai ke peringkat tinggi yang tak kunjung terhenti itu, sebarang benda pun adalah tak dapat berdiri tegak, filasafah Dialektikal sendiri pun cuma adalah pencerminan dari proses ini kedalam otak manusia yang berpemikiran”. Sebut itu, ditilik dari Marx, Dialektik adalah suatu sains yang berkenaan dengan hukum-hukum yang umumnya dari gerakan dunia luar dan gerakan pemikiran umat manusia”.
Marx telah menerima dan memperkembangkan segi-segi yang Revolusioner dari filasafah Hegel ini. Materialism Dialektikal “tidak memerlukan mempunyai apa-apa filasafah yang menunggang diatas sains-sains lain-nya”. Filasafah-filsafah yang telah lalu itu hanya tinggal “ajaran tentang pemikiran serta hukum-hukumnya, ia-itu logik corak dan Dialektik saja”. Menurut pengertian dari Marx, bahawa berdasarkan pandangan dari Hegel, Dialektik sendiri termasuk teori pengenalan yang disebut teori pengenalan sekarang ini, teori pengenalan semacam ini sama halnya sayugia secara meninjau sejarah objek-objek bagi diri sendiri, mengkaji dan menggeneralisasikan asal usul dan perkembangan bagi pengenalan ia-itu perubahan dari tidak mengetahui sampai mengetahui-nya.
Sekarang ini, konsep perkembangan, konsep Revolusi, hampir-hampir meresap sama sekali kedalam Conscience orang-orang, tetapi ini bukan melalui filasafah Hegel, melainkan ialah melalui jalan-jalan lain-nya. Namun, konsep yang diajukan oleh Marx dan Engles yang berdasarkan filasafah Hegel ini, adalah lebih keseluruhan dan kaya raya banyak daripada konsep evolusi yang laris laku itu. Perkembangan seolah-olahnya adalah mengulangi tingkatan yang telah sudah, akan tetapi ini adalah semacham ulangan lain-nya, adalah ulangan diatas azas yang lebih tinggi (“penyangkalan dari penyangkalan”), perkembangan bukan berjalan menuruti corak garis lurus, melainkan adalah menuruti apa yang disebut corak skru; perkembangan adalah proses yang bercorak sprang, perubahan dahsyat dan revolusioner; “terputus dari kemajuan ansor-ansor”; perubahan dari kuantiti kekualiti; sebab musabab batin bagi perkembangan yang disebabkan oleh saling pertentangan atau saling bentrokan berbagai kekuatan dan kecenderongan yang berperan pada sesuatu benda atau yang menimbulkan peranan-nya didalam lingkungan sesuatu gejala atau didalam sesuatu masyarakat; segala-gala segi (dan sejarah tak putus-putus menyingkapkan segi-segi yang baru) dari setiap macam gejala, adalah ujud dengan saling bersandaran, mempunyai hubungan yang sangat erat dan tak boleh dibelah bagikan diantara satu sama lain-nya, terbentuk menjadi proses pergerakan dunia yang persatuan dan yang mempunyai hukum-hukumnya,—inilah beberapa ciri istimewa bagi ajaran perkembangan yang lebih kaya raya (dari pada lazim-nya) bagi isi kandungan Dialektik ini (tataplah surat Marx kepada Engles tertanggal 6 January tahun 1868, antara lain beliau mengejek cara dibagi-bagikan tiga bagian yang secara kaku dari Stein, Beliau menganggap bahawa adalah carut marut jika mencampur adukkan antara cara dibagi-bagikan tiga bagian dengan Dialektik Materialistik).

PANDANGAN SEJARAH MATERIALISTIK
Marx mengenali sifat ketidak tegasan, sifat ketidak lengkapan, sifat keberat sebelahan usang sebab itu beliau mempercayai dengan teguh misti “menjadikan sains sosial sesuai dengan azas Materialisme dan mengubahnya dengan berdasarkan azas ini”. Sudah memangnya Materialisme pada umumnya menggunakan ujud untuk mentafsirkan conscensis tetapi bukan kedalam kehidupan masyarakat manusia, hendaklah menggunakan ujud masyarakat untuk mentafsirkan conscensis masyarakat. Didalam “tentang kapital” jilid kesatu Marx berkata “teknologi menyingkapkan hubungan aktif dari manusia terhadap alam semasta, menyingkapkan proses produksi secara langsung bagi kehidupan manusia serta syarat-syarat kehidupan bagi kehidupan manusia dan berbagai-bagai konsep rohaniah yang ditimbulkan kerenanya”. Didalam pendahuluan untuk buku “Kritisism Ilmu Ekonomi Politik”, tentang prinsip-prinsip pokok dari Materialisme yang digunakan kedalam masyarakat manusia dan kedalam sejarah masyarakat manusia, Marx telah membuat keterangan yang rapi dan teliti sebagai berikut:
“Didalam produksi masyarakat yang diri mereka berhidup, orang-orang diantara satu sama lainnya berlansung dengan hubungan yang tertentu, yang semistinya, yang tidak beralih menurut kehendak-hendak mereka sendiri, ia-itu hubungan-hubungan produksi yang bersesuaian dengan tingkatan tertentu dari perkembangan tenaga produksi material bagi mereka.”
Jumlah total campuran umum hubungan produksi itu terbentuk menjadi struktur ekonomi bagi masyarakat. Ia-itu azas realistik yang disandarkan oleh bangunan atasan dari undang-undang dan politik untuk dibangunkan-nya dan pula terdapat ideologi masyarakat yang tertentu untuk bersesuaian dengannya. Corak produksi dari kehidupan material menentukan proses umumnya bagi kehidupan masyarakat, kehidupan politik dan kehidupan material. Bukanlah Conscencis orang-orang yang menentukan ujudnya orang-orang, justru kebalikan, adalah ujud masyarakat orang-orang yang menentukan conscencis orang-orang. Ketika tenaga produksi material dari masharakat berkembang sampai tingkatan yang tertentu maka ia pun timbul pertentangan dengan hubungan produksi yang sedia berujud yang mana mereka selamanya berkembang didalamnya itu atau pun dengan hubungan harta benda yang cuuma manifestasi disegi undang-undang dari hubungan produksi yang sedia berujud itu. Maka hubungan-hubungan itu dari corak yang mengembangkan tenaga produksi telah berubah menjadi belenggu yang memberkas tenaga produksi. Sampai ketika itu telah pun tibalah zaman Revolusi-Sosial. Seiring dengan perubahan azas ekonomi, seluruh hubungan atasan yang raksasa juga akan berlaku pengubahan dengan cepat atau lambat. Pada ketika menyelidiki pengubahan-pengubahan itu, mistilah setiap saat pun memperbedakan antara pengubahan material yang timbul disegi syarat-syarat ekonomi bagi produksi yang dapat ditunjukkan jelas oleh sifat kejituan sains alamiah itu dengan bentuk corak undang-undang, politik, agama, seni sastra atau filasafah yang orang-orang bersandarkan padanya untuk mengenali bentrokan-bentrokan dan berdaya upaya mengatasinya itu, dikatakan dengan ringkasnya ialah, memperbedakan-nya dengan ideologi.
Justru sama seperti ketika kita memastikan sesuatu orang tidak boleh berdasarkan pandangan-nya sendiri terhadap dirinya sendiri, ketika kita memastikan sesuatu zaman pengubahan yang demikian ini juga tidak boleh berdasarkan conscencis dari zaman ini. Justru kebalikan conscencis ini harus dapat menuntut pentafsiran-nya dari dalam pertentangan kehidupan material, dari dalam bentrokan-bentrokan yang berujud diantara tenaga produksi masyarakat dan hubungan produksi”......
“Dikatakan secara umum, corak produksi Asia, corak produksi zaman kuno, corak produksi feudal dan corak produksi borjuis modern, boleh dipandang menjadi beberapa zaman evolusi bagi bentok corak ekonomi masyarakat,” (sila menatap “Teori Kita Tentang Bahan-bahan Produksi Menentukan Organisasi Pekerja” uraian yang ringkas dan singkat dalam surat Marx kepada Engles tanggal 7 July tahun 1866).
Menemui pandangan sejarah materialistik, atau dikatakan dengan lebih tepat dan saksama, mengembangkan dengan setegas-tegasnya Materialisme, menggunakan Materialisme kedalam gejala-gejala masyarakat, lalu telah melenyapkan dua kekurangan utama dari segala teori sejarah yang telah lalu. “Panduan utama” atau mentafsirkan fikiran ini, telah menyingkapkan bahawa gelagat tenaga produksi material adalah sumber akar dari segala-gala fikiran dan berbagai-bagai kecenderungan yang ada. Orang-orang sedemikian menciptakan sejarahnya sendiri, akan tetapi niat orang-orang ia-itu Massa Rakyat ditentukan oleh apa, bentrokan-bentrokan diantara berbagai-bagai fikiran atau pendapat pertentangan itu disebabkan oleh apa, bagaimana halnya jualah campuran total dari semua bentrokan-bentrokan itu didalam masyarakat manusia, bagaimana halnya syarat-syarat objektif bagi produksi kehidupan material yang menyebabkan jadinya seluruh azas aktiviti sejarah dari orang-orang, dan bagaimana pula halnya hukum-hukum perkembangan syarat-syarat ini, — Marx telah memperhatikan segala-gala masalah ini dan telah menunjukkan jalan menggunakan sikap yang saintifik untuk mengkaji sejarah, ia-itu jalan mengkaji sejarah dengan persatuan yang amat sangat kusut-masai dan dipenuhi dengan pertentangan-pertentangan tetapi biar bagaimana pun terdapat hukum-hukumnya.

PERJUANGAN KLASS
Dalam suatu masyarakat pendapat-pendapat sebagian orang saling bersentuhan dengan pendapat-pendapat sebagian orang lain-nya, kehidupan masyarakat dipenuhi dengan pertentangan-pertentangan, didalam sejarah diantara berbagai-bagai bangsa, diantara berbagai-bagai masyarakat, serta dalam intern berbagai-bagai bangsa dan berbagai-bagai masyarakat senantiasa berlangsung Perjuangan-Perjuangan, dan silih berganti dengan tak putus-putusnya antara periode perdamaian dan periode reaksioneri, periode perdamaian dan periode peperangan, periode pembatuan dan periode perkembangan pesat atau periode merosot, kesemua itu adalah kenyataan-kenyataan yang tarmaklum oleh umum. Marxisme telah menunjukkan satu punca tali pengusul yang pokok bagi kita, supaya kita dapat mencari akan sifat hukum daripada keadaan yang tampaknya kalam kabut itu. Punca tali pengusul ini ialah teori Perjuangan Klas. Hanya dengan mengambil jumlah camporan total pendapat-pendapat segenap anggota dari sesuatu masyarakat atau beberapa masyarakat untuk dikaji, baru dapat membuat pemastian yang saintifik terhadap kesudahan pendapat-pendapat itu. Sebab musababnya terdapat berbagai-bagai pendapat yang bertentangan, adalah kerana berlainan-nya keadaan kehidupan dan syarat-syarat kehidupan bagi berbagai-bagai Klass yang dibagi-bagikankan oleh masyarakat. Didalam “Manifesto Komunist” Marx menulis “setahap ini, sejarah dari segala-gala masyarakat (dikecualikan sejarah komun primitif: keterangan tambahan yang kemudian ditambah oleh Engles) kesemua-nya adalah sejarah Perjuangan Klass. Antara Rakyat bebas dan kaum hamba, bangsawan dan Raayat jelata, tuan-tuan tanah dan hamba-hamba tani, guru-guru pertukangan dan kuli-kuli asuhan, dikatakan dengan ringkasnya ialah diantara kaum penindas dan kaum tertindas, tetap berada dalam kedudukan saling berlawanan, dan menjalankan Perjuangan yang tak putus-putus, yang ada kalanya tersembunyi, ada kalanya terbuka sedangkan setiap kali kesudahan Perjuangan jika bukan seluruh masyarakat diubahkan oleh Revolusi, maka adalah berbagai-bagai Klass yang berjuang itu musnah bersama-sama sekaligus...... masyarakat borjuis modern yang dilahirkan dari dalam masyarakat feudal yang telah lenyap itu, syarat-syarat penindasan yang baru dan corak perjuangan yang baru untuk menggantikan yang lama. Akan tetapi, zaman pada sekarang ini, ia-itu zaman borjuis, ada mempunyai ciri-ciri keistimewaan-nya, ia-itu ia telah menyebabkan pertentangan-pertentangan Klas jadi keringkasan masyarakat kian hari kian terpecah belah menjadi dua kubu yang berlawanan, terpechah belah menjadi dua Klass yang bertentangan secara langsung Klass borjuis dan Klass Proletar”. Sejak dari masa Revolusi besar Franchis, sejarah dari beberapa banyak negeri Eropa telah menyingkapkan secara sangat nyata duduk perkara yang sebenarnya dari peristiwa-peristiwanya, ia-itu Perjuangan Klass. Pada zaman restorasi di Franchis (Thierry, Guizot, Mignet, and Thiers) tak dapat tidak mengakui bahawa Perjuangan Klass adalah kunci untok memahami seluroh sejarah Franchis, apabila mereka menyimpulkan peristiwa-peristiwa pada ketika itu. Pada zaman sekarang ini, ia-itu zaman borjuis telah mencapai Kemenangan sepenuhnya, telah mendirikan badan-badan perbincangan perwakilan, menjalankan kaedah pilihan yang luas (malahan adalah yang merata-rata), mengelolakan akhbar harian yang murah dan lain-lainsebagainya, dan zaman dimana munculnya gabungan kesatuan-kesatuan tuan punya perusahaan dan lain-lain sebagainya, telah dengan lebih jelas (walau pun ada kalanya dengan corak yang sangat berat sebelah, “damai” dan “konstitusional”) menerangkan bahawa Perjuangan Klass adalah tenaga penggerak bagi peristiwa-peristiwa.
Didalam “Manifesto Komunis” tulisan Marx terdapat sepenggal ayat yang menerangkan bahawa Marx menuntut sains sosial sayugia menggunakan sikap objektif untuk menganalisa kedudukan yang terletaknya setiap Klass didalam masyarakat modern serta syarat-syarat perkembangan-nya. Sepenggal ayat ini ialah “didalam segala-gala Klas yang berlawanan dengan borjuis pada masa sekarang ini, hanya Proletariat baru adalah Klass yang paling Revolusioner tulen. Segala-gala Klass lain-nya kesemuanya akan kian hari kian merosot dan lenyap seiring dengan perkembangan perindustrian-perindustrian besar, sedangkan Proletariat pula adalah produk dari perindustrian-perindustrian besar sendiri. Klass-Klas lapisan tengah, ia-itu pengusaha-pengusaha kecil kaum usaha kerajinan tangan, dan kaum Tani, mereka melancarkan Perjuangan terhadap borjuis kesemuanya cuma untuk menyelamatkan hidupnya Klass lapisan tengah mereka yang demikian rupa, agar terelak dari kelenyapannya. Oleh itu, mereka bukan yang Revoluioner, melainkan adalah yang konservatif. Tidak hanya begini saja, mereka bahkan adalah yang reaksioner, kerana mereka berdaya upaya cuma memutarkan roda sejarah supaya membalik kebelakang. Jikalau mengatakan mereka adalah yang Revolusioner, maka maksudnya ialah mereka telah berubah masuk kedalam barisan Proletariat, maksudnya ialah apa yang mereka membela itu bukanlah kepentingan masa sekarang bagi mereka sendiri, melainkan ialah kepentingan masa akan datang bagi mereka, maksudnya ialah mereka telah mencampakkan pandangan yang sedia ada dari mereka sendiri dan telah menerima pandangan dari Proletariat”.
Didalam banyak karya sejarahnya (lihatlah susunan tajuk buku-buku tatapan), Marx telah memberikan contoh tauladan yang cemerlang lagi mendalam bagi menggunakan pandangan materialis untuk mengkaji sejarah, menganalisa kedudukan-kedudukan terletaknya setiap klas lantas hingga kedudukan berbagai golongan atau lapisan dalam intern dari setiap Klass, telah menunjukkan secara tegas lagi jelas mengapa dan bagaimana dikatakan “sebarang Perjuangan Klass pun dalam Perjuangan politik”. Sepenggal ayat yang kita petak tersebut tadi, telah menerangkan dengan sejelas-jelasnya, demi menilai seluruh tenaga campuran sejarah, Marx telah menganalisa hubungan masyarakat serta banyak keadaan dan pemandangan yang kusut masai dari tingkatan peralehan yang mana dari suatu Klass sampai kesuatu Klass lainnya, dari dulu sampai masa akan datang.
Ajaran ekonomi dari Marx adalah bukti dan penggunaan yang paling mendalam, paling keseluruhan, paling teliti bagi Marx.

Keterangan:
*Sumber dokumen ini dari:

http://arie-widodo.blogspot.com/2013/08/ajaran-dari-marx-lenin-1914.html#more


Comments

Popular posts from this blog

Paradigma Pemikiran Ali Syariati

Ali Syariati sebagai intelektual sekaligus ideolog Iran ternyata memiliki banyak paradigma dalam menyusun pemikirannya. Pemikiran Syariati cenderung mengarah eklektisisme, tidak mentah-mentah mengambil pemikiran tanpa melakukan seleksi secara kritis. Selama tinggal di Paris, Ali Syariati bertemu dengan banyak orang yang mempengaruhi persepsinya mengenai kehidupan dan cara pandang dunia: dari militan, filsuf, akademisi, artis, penyair, musisi dan bahkan penjaga toko. Dengan sikap eklektiknya mampu memahami Iman Ali, Imam Hussain, Abu Dzar, Jean Paul Sartre, Frantz Fenon, massignon dan Karl Marx. Oleh karena itu, Syariati sering dikatakan banyak wajah, yang pada gilirannya membuat orang keliru memahaminya. Ali Syariati dalam kepribadiannya memiliki tiga karakter yang berbeda. Pertama, Ali Syariati seorang sosiolog yang tertarik pada dialektika antara teori dan praktik; antara ide dengan kekuatan-kekuatan sosial; antara kesadaran dan eksistensi kemanusiaan. Kedua, Ali Syariati seora...